Saturday, November 13, 2010

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

1. Penilaian Melalui Portfolio.

2. Penilaian Melalui Pemerhatian.

3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.

4. Penilaian Melalui Soal Jawab.

5. Penilaian Melalui Projek.

6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.


Penilaian Melalui Portfolio.

Apakah portfolio?

· Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.



Penilaian Portfolio

· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.

1. Porfolio kerja harian

2. Portfolio hasil terbaik

3. Portfolio dokumen.


1. Portfolio Kerja Harian

· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

· Contohnya;

Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik

· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

· Berbentuk sumatif

· Contohnya;

Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen

· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

· Contohnya;

Hasil lukisan daripada warna tersebut.


Kegunaan Portfolio

· Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

· Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

· Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

· Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.


Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.



Bagaimana Portfolio dinilai?

· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.


Merekod Penilaian Portfolio

  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Penilaian Melalui Pemerhatian

Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.

Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.

Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.

1. Fahami asas kepada pemerhatian

    • menyedari keadaan sekeliling
    • membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
    • membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
    • prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir

2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan

    • membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
    • membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
    • membuat pelan sampel
    • menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
    • melatih pemerhati

3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal

4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;

  • tahap efisien pembelajaran mereka
  • mereka boleh membantu rakan mereka belajar
  • mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.



KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

  • Bentuk akhir tugasan dihasilkan
  • Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
  • Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
  • Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
  • Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.


FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan

* Pelajar mengenal pasti dan merekod

· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

· kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat

· jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

· bukti menunjukkan objektif tercapai

· bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

* Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

* Menghasilkan kerja yang terancang

* Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya


BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

  1. Penilaian objektif tugasan

· Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU

· Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU

· Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

  1. Hasil Pembelajaran

· Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)

· Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

  1. Penilaian

· Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

· Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

· Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU

· Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny



FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:

· Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru

· Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat



KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI SOAL JAWAB

1. Penilaian melalui soal jawab bermaksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui sesi soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
2. Contohnya, sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru ingin mengetahui sejauh mana kefahaman muridnya mengenai pelajaran yang telah diajar, guru tersebut dalam menjalankan soal jawab untuk menguji kefahaman muridnya.
3. Melalui soal jawab juga, guru dapat mengetahui kelemahan setiap muridnya dalam sesuatu topik yang diajarkan.
4. Seterusnya, guru dapat mencari jalan penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid tersebut.
5. Sebagai contoh, ada antara murid kurang faham mengenai kata nama, maka guru akan lebih menumpukan terhadap perkara tersebut untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan muridnya dalam kata nama.
6. Melalui aktiviti soal jawab juga, guru dapat mengetahui sama ada muridnya dapat mengetahui setiap topik yang guru tersebut ajarkan.
7. Sekiranya ada antara murid tidak faham tentang topik yang diajarkan oleh guru tersebut, maka proses pembelajaran akan diulang semula. Kali ini, guru mengajar murid yang lemah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
8. Tujuannya adalah agar murid tersebut memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajarkan oleh guru.



PENILAIAN MELALAUI PROJEK

PENGENALAN

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.



TUJUAN

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab

2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi

3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah

4. Memotivasikan pelajar untuk belajar

5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin

6. Membenarkan pelajar menentukan peranan

7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

LANGKAH-LANGKAH

Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek

Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

Langkah 4 : Memproses Maklumat

Langkah 5 : Menilai Hasil Projek




2 comments: