Saturday, November 13, 2010

JENIS PENILAIAN BAHASA


1. Ujian Formatif
2. Sumatif
3. Ujian Kefasihan
4. Kemajuan
5. Ujian Bakat
6. PencapaianUjian Formatif

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Ujian SumatifUjian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Perbezaan Ujian Formatif Ujian Sumatif Fungsi
- Sebagai maklumbalas kepada pelajar dan guru untk mengetahui kelemahan serta kemajuan
- Pensijilan/pengredanMasa
- Sepanjang pengajaran
- Pada akhir unit/kursusPenekanan
- Kognitif, psikomotor,dan afektif
- KognitifSifat
- Terhad kepada tugasan
- Beraneka jenisKesukaran
- Berubah-rubah
- Senang kepada sukarAlat
- Dibentuk khas
- Peperiksaan akhir tahunJenis Ujian
- Rujukan Kriteria
- Rujukan NormaPelaporan
- Gagal/lulus
- Jumlah skorContoh
- Ujian bulanan/lembaran kerja
- UPSR, PMR, SPM dan STPM



Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment