Thursday, September 30, 2010

PENGERTIAN DAN KONSEP

  • PENTAKSIRAN
  • PENGUJIAN
  • PENILAIAN
  • PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN , PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN


Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Maklumat meliputi hal halberkaitan topik, bukti dan prestasi.

Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran
ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor



PENGUJIAN


Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara
yang sistematik.

Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.

Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas

sesuatu pengajaran.

Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan
untuk mengumpul maklumat.

Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.


Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada
secara lisan atau bertulis.

Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang
dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Ujian ialah satu alat.

Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.

Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman
membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.

Namun, perlu
diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur.

Oleh itu, ujian
perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.

Contohnya,
jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.

PENILAIAN

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara.

Stufflebeam et. al. (1971: xxv),
menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and
providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8)
pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.

Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif.

Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru.

Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum

Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:

mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.

menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang
telah disampaikan.

membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di
sekolah.

menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka.

membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka
sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan

membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka
dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula
memperbaikinya.


PERKAITAN DI ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.



No comments:

Post a Comment